08 December 2008

PUTAR BELIT & TALI BARUT!!!

Sekali lagi kita melihat betapa busuknya hati manusia. Suka melihat kehancuran manusia lain. Antara perkara yang suka dilihatnya ialah kalau musuhnya tu jatuh tersungkur.

Saya melihat laman blog pihak yang membangkang kerajaan makin menjadi-jadi. Suka pamerkan cerita yang bohong dan dusta, malah menjadi fitnah kepada orang lain. Sepatutnya mereka lebih telus dan tulus.Inilah penyakit yang ditinggalkan oleh penjajah. Tidak suka melihat kemajuan orang lain. Perlu ada kejujuran dalam menyiarkan berita.

Isu terakhir dalam PDO , banyak ajar kita erti kejujuran. Kalau dahulu kita tegur pasal mengambil kesempatan diatas gambar KDYMM Tuanku, nampaknya mereka dah sedar.Paling pelik, ianya tidak menjadi wadah untuk parti PKR menceritakan tentang perjuangan mereka untuk rakyat, malah ianya tempat kutukan beragenda PKR terus menerus.Saya yakin ini terjadi sebab PKR tiada agenda pembangunan yang dibuat untuk rakyat,mereka hanya pandai bercakap sahaja, kerja tidak ada termasuk Penasihat Merapu PKR ,DSAI.

Mencipta pembohongan memang sedap, sebab ianya kerja syaitan. Ianya macam kenapa DSAI buat benda terkutuk tu, sedap agaknya.Tetapi ianya kerja nafsu dan suruhan Al-laknat Iblis.

Menjadi agen kepada kerja ini, memang lagi sedap, sebab yang bakal dituduh bukan agen, tetapi 'Tuan Asal'. Dalam bahasa orang Nelayu dulu dipanggil, TALI BARUT.

Talibarut dalam masyarakat kita, perangainya suka bunuh kerjaya orang lain. Sanggup berpakat dengan pembangkang, demi kejayaan politik mereka.Sebab itu,dalam hukum islam, kalau dapat ditangkap dan terbukti , maka mereka dihukum bunuh.

Saya mencadangkan supaya UMNO Pahang menggerakkan Operasi Pembersihan Pengkhianat ini. Terlalu banyak talibarut yang nak jatuhkan MB Pahang tu. Banyak cerita tipu direka-reka untuk bagi orang Pahang percaya yang MB Pahang korup.

Saya ada terbaca tentang senarai yang bakal nak jadi MB Pahang tu yang dikeluarkan oleh PKR. Kalau yang dalam senarai tu jadi MB lagi teruk la Pahang ni, lagi cepat lingkup. Yang puak dalam UMNO tu suka sangat cerita tu dikeluarkan, sebab boleh 'spin' sikit semangat pengikut-pengikut diorang tu. Tapi sapa yang bodoh? Dua-dua tu bangang sebenarnya..

Saya nak sangat UMNO Pahang ambil tindakan drastik dengan menjawab semua tuduhan liar, supaya ada imbangan dalam tuduhan yang dilemparkan.

Kita tengok siapa yang kena kali ini. Saidina Umar Al-khattab r.a tidak mungkin dibunuh kalau Talibarut pengkhianat dapat dikesan awal.Ianya takdir, memang takdir. Tetapi takdir itu pengajaran untuk kita. Fikirkanlah....

2 comments:

Anonymous said...

Cerita tentang adnan .. putarbelit
Cerita tentang anwar .. bukan puterbelit?
kah kah kah

TOK PERAI said...

uudohhh....laaa...jadi melayu..kalau asyik nak ngentam melayuuuuu itu kan keje.... imigran..ngape...kome seme nak geng gan imigran....yang tak kadar diri..ni..
inilah penyakit orang kita....asik nak cari salah orang je...
komen je...reti..especially..puak tu..dulu xnak geng dgn imigran...kafirrr...katanye....skarg dah bukak membership.....nasihat ambe..jage la keamanan keutuhan kemelayuan kita ...tak mahu lah jadik macam zaman keruntuhan MELAKA...melayu jenis kulit ular tu..la..yang tolong PENJAJAH bukak pintu tembok MELAKA.....