20 December 2009

MANUSIA JADIAN

ITULAH PENYAKIT KALAU ASYIK INGATKAN BULAN YE, JANGAN ISIM SUDAH...SEKADAR INGATAN UNTUK SEMUA....

MANUSIA LIDAH BERCABANG

EMM MEMANG HEBAT NI, AGAKNYA SI GAMBAR DIATAS NI JENIS YANG SUKA MAIN-MAIN SUMPAH KOT! TAK PUN DEPAN CAKAP LAIN, BELAKANG CAKAP LAIN. KALAU JENIS YANG 'MAIN' BELAKANG, AGAKNYA 'ANU' PUN BERCABANG TU...ITULAH RAGAM MANUSIA ZAMAN KINI...SEKADAR RENUNGAN....

07 February 2009

LOMPAT JANGAN TAK LOMPAT!!


Akhirnya isu kes lompat melompat masuk mahkamah. Benggali Karpal memang tak puashati kes orang dia melompat masuk ke BN. Memang pelik manusia ni. Masa melompat masuk ke kandang dia , bukan main puji, Nik Aziz pun kata Bijaksana. Bila lompat keluar balik, dituduhnya pengkhianat dan Benggali Karpal nak bawa isu 'katak' ni ke mahkamah.

Apapun, semua tengah terkejut ni, camana lompat-melompat ni akan berakhir. Dengar cerita banyak lagi le yang nak melompat ni, puas lah Benggali ni naik court. Syok cerita ni..Kita tengok sapa yang akan makan 'katak' tahun ni..he..hee...

12 December 2008

'ULAR' Dalam PahangdailyOnline(PDO)!! WOWW..

Nampaknya manusia kadang-kadang suka bersifat seperti perangai haiwan. Ini kerana antara sifat haiwan ialah suka mengacau dan mengganggu malah membunuh sesama mereka. Sebab itu Tuhan melarang kita daripada bersifat seperti mereka. Manusia dianugerahkan akal oleh Allah swt , untuk membezakan mereka daripada binatang. Antara binatang yang paling ditakuti oleh manusia ialah ULAR.

Malah ada riwayat mengatakan antara binatang yang diturunkan oleh Tuhan bersama dengan Nabi Adam a.s dan Hawa ialah ular (jelmaan iblis). Ianya spesies yang cukup ditakuti, malah menjadi haiwan pembunuh jika dipatuknya. Saya melihat perkara ini dan beberapa sifat utama binatang tersebut sudah mula wujud dalam blog Pahangdaily Online. Inikah manusia yang mahu menjadikan akal dan tindakan mereka sebagai bahaya kepada orang lain dan bertopengkan haiwan.

Saya meneliti tulisan dalam blog tersebut tentang cara mereka mengkisahkan kematian Allahyarham Datuk Hj Abdullah B Rahmat-Allahyarhamhu-. Cara penyampaian sungguh Biadap! , tiada nilai kepribadian sebagai seorang muslim. Mereka-reka cerita fitnah yang durjana demi kepentingan hawa nafsu politik mereka yang liar itu. Saya rasa mereka juga tidak mahu keluarga mereka atau diri mereka sendiri akan ditimpa kemalangan seperti itu.. Sepatutnya , mereka mengajak semua umat muslim dan muslimat yang membaca blog mereka tanpa mengira latarbelakang fahaman politik untuk sama-sama mensedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, bukan menghinanya dan memalukan keluarga beliau untuk diejek dan dihina oleh sekelian penyokong blog mereka.

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Dato' Samsuddin, S/U politik MB Pahang dalam blognya (www.dongtalk.blogspot.com) untuk mengambil tindakan undang-undang kepada blog tersebut. Di zaman yang kefasikan dah mula meluas ini, tindakan itu betul sebagai mengajar mereka erti adab dan akhlak terhadap maruah dan nilai kemanusiaan. Malu kita semua kalau perkara ini menjadi buah mulut orang bukan Islam. Agama kita mulia, tetapi penganutnya yang merosakkan nilai kesucian agama Islam itu.

Kalau diteliti gambar diatas, biarlah ular itu keluar dari mulut dan hidung mereka , supaya orang semua boleh kenal muka penulis blog Pahangdaily Online. Kenapa nak takut, kalau itu dah menjadi perangai mereka.Semoga mereka semua akan insaf dan kembali ke pangkal jalan.








08 December 2008

PUTAR BELIT & TALI BARUT!!!

Sekali lagi kita melihat betapa busuknya hati manusia. Suka melihat kehancuran manusia lain. Antara perkara yang suka dilihatnya ialah kalau musuhnya tu jatuh tersungkur.

Saya melihat laman blog pihak yang membangkang kerajaan makin menjadi-jadi. Suka pamerkan cerita yang bohong dan dusta, malah menjadi fitnah kepada orang lain. Sepatutnya mereka lebih telus dan tulus.Inilah penyakit yang ditinggalkan oleh penjajah. Tidak suka melihat kemajuan orang lain. Perlu ada kejujuran dalam menyiarkan berita.

Isu terakhir dalam PDO , banyak ajar kita erti kejujuran. Kalau dahulu kita tegur pasal mengambil kesempatan diatas gambar KDYMM Tuanku, nampaknya mereka dah sedar.Paling pelik, ianya tidak menjadi wadah untuk parti PKR menceritakan tentang perjuangan mereka untuk rakyat, malah ianya tempat kutukan beragenda PKR terus menerus.Saya yakin ini terjadi sebab PKR tiada agenda pembangunan yang dibuat untuk rakyat,mereka hanya pandai bercakap sahaja, kerja tidak ada termasuk Penasihat Merapu PKR ,DSAI.

Mencipta pembohongan memang sedap, sebab ianya kerja syaitan. Ianya macam kenapa DSAI buat benda terkutuk tu, sedap agaknya.Tetapi ianya kerja nafsu dan suruhan Al-laknat Iblis.

Menjadi agen kepada kerja ini, memang lagi sedap, sebab yang bakal dituduh bukan agen, tetapi 'Tuan Asal'. Dalam bahasa orang Nelayu dulu dipanggil, TALI BARUT.

Talibarut dalam masyarakat kita, perangainya suka bunuh kerjaya orang lain. Sanggup berpakat dengan pembangkang, demi kejayaan politik mereka.Sebab itu,dalam hukum islam, kalau dapat ditangkap dan terbukti , maka mereka dihukum bunuh.

Saya mencadangkan supaya UMNO Pahang menggerakkan Operasi Pembersihan Pengkhianat ini. Terlalu banyak talibarut yang nak jatuhkan MB Pahang tu. Banyak cerita tipu direka-reka untuk bagi orang Pahang percaya yang MB Pahang korup.

Saya ada terbaca tentang senarai yang bakal nak jadi MB Pahang tu yang dikeluarkan oleh PKR. Kalau yang dalam senarai tu jadi MB lagi teruk la Pahang ni, lagi cepat lingkup. Yang puak dalam UMNO tu suka sangat cerita tu dikeluarkan, sebab boleh 'spin' sikit semangat pengikut-pengikut diorang tu. Tapi sapa yang bodoh? Dua-dua tu bangang sebenarnya..

Saya nak sangat UMNO Pahang ambil tindakan drastik dengan menjawab semua tuduhan liar, supaya ada imbangan dalam tuduhan yang dilemparkan.

Kita tengok siapa yang kena kali ini. Saidina Umar Al-khattab r.a tidak mungkin dibunuh kalau Talibarut pengkhianat dapat dikesan awal.Ianya takdir, memang takdir. Tetapi takdir itu pengajaran untuk kita. Fikirkanlah....

04 December 2008

BODOH SOMBONG!!


Memang pelik manusia ni. Ada yang cerdik tak boleh diajar, ada pulak tu yang bodoh tapi sombong, tidak suka mencari kebenaran tapi suka buat kejahatan dengan kejahilan yang sedia ada. Saya ada baca pahangdaily.blogspot dan blog smalltalk.blogspot , riuh dalam intenret dan dikedai-kedai kopi!



Kawan saya, keluarganya berniaga dekat situ. Kawan saya kata, "yang jadi pelik tu, kenapa PKR beriya-iya sangat buat cerita bohong tu. Datang jumpa kami pun hanya ambil gambar dan cakap sikit-sikit je lepastu kata, kami ni pembangkang tak boleh buat apa pun, cuma datang ziarah je nak dengar cerita." Kawan saya, si Manaf kata, Adun BN dan pihak UMNO janji akan bincang dengan MPK tentang tindakan mereka ini. Belum apa-apa, bila PKR tau UMNO hendak ambil tindakan , dia pulak mengaku kata dia membela peniaga gerai semua. Pelik dan hairan saya dan rakan saya dibuatnya. Nampaknya PKR ni suka sangat buat perangai tak senonoh ni.



Apa pun syabas pada Setiausaha Politik MB Pahang. Saya ada baca minitnya pada surat tu. Nampak serius dan berusaha untuk nak bantu para peniaga. Saya dan rakan saya si Manaf ni pun hairan macam mana PKR boleh nak 'claim mileage' spontan ni. Kata dikeluarkan dalam blog kemudian diambil tindakan segera oleh MPK. Yang saya tahu, Blog dia tu pun tak ramai rakyat Pahang tahu, dah tu pulak tak ramai pun pengunjung. Itulah yang diingatkan oleh Nabi Muhammad SAW, Bahawa akan ada segolongan manusia yang suka bercakap bohong untuk mendapatkan perhatian manusia didunia demi kemegahan hidup yang sementara. Insaflah wahai penulis blog pahangdaily.blogspot. Takutlah kepada Tuhan kalau saudara tidak takut pun pada manusia. Bercakaplah yang benar, kerana Benar itu kata Saidina Abu Bakar As-Siddiq ialah Amanah, dan Bohong itu satu pengkhianatan dan zalim.



Tulislah cerita yang baik-baik dan mendatangkan kebaikan kepada pemikiran manusia. Kami yang jadi pelajar ni berasa malu dengan akhlak saudara yang tidak habis-habis suka membuat cerita bohong. Kajilah sesuatu isu tu dulu baik-baik dan dengan penuh kejujuran. Jangan ikut perangai KERA, bodoh tapi sombong, tak boleh nak diajar...Adioss..