12 December 2008

'ULAR' Dalam PahangdailyOnline(PDO)!! WOWW..

Nampaknya manusia kadang-kadang suka bersifat seperti perangai haiwan. Ini kerana antara sifat haiwan ialah suka mengacau dan mengganggu malah membunuh sesama mereka. Sebab itu Tuhan melarang kita daripada bersifat seperti mereka. Manusia dianugerahkan akal oleh Allah swt , untuk membezakan mereka daripada binatang. Antara binatang yang paling ditakuti oleh manusia ialah ULAR.

Malah ada riwayat mengatakan antara binatang yang diturunkan oleh Tuhan bersama dengan Nabi Adam a.s dan Hawa ialah ular (jelmaan iblis). Ianya spesies yang cukup ditakuti, malah menjadi haiwan pembunuh jika dipatuknya. Saya melihat perkara ini dan beberapa sifat utama binatang tersebut sudah mula wujud dalam blog Pahangdaily Online. Inikah manusia yang mahu menjadikan akal dan tindakan mereka sebagai bahaya kepada orang lain dan bertopengkan haiwan.

Saya meneliti tulisan dalam blog tersebut tentang cara mereka mengkisahkan kematian Allahyarham Datuk Hj Abdullah B Rahmat-Allahyarhamhu-. Cara penyampaian sungguh Biadap! , tiada nilai kepribadian sebagai seorang muslim. Mereka-reka cerita fitnah yang durjana demi kepentingan hawa nafsu politik mereka yang liar itu. Saya rasa mereka juga tidak mahu keluarga mereka atau diri mereka sendiri akan ditimpa kemalangan seperti itu.. Sepatutnya , mereka mengajak semua umat muslim dan muslimat yang membaca blog mereka tanpa mengira latarbelakang fahaman politik untuk sama-sama mensedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, bukan menghinanya dan memalukan keluarga beliau untuk diejek dan dihina oleh sekelian penyokong blog mereka.

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Dato' Samsuddin, S/U politik MB Pahang dalam blognya (www.dongtalk.blogspot.com) untuk mengambil tindakan undang-undang kepada blog tersebut. Di zaman yang kefasikan dah mula meluas ini, tindakan itu betul sebagai mengajar mereka erti adab dan akhlak terhadap maruah dan nilai kemanusiaan. Malu kita semua kalau perkara ini menjadi buah mulut orang bukan Islam. Agama kita mulia, tetapi penganutnya yang merosakkan nilai kesucian agama Islam itu.

Kalau diteliti gambar diatas, biarlah ular itu keluar dari mulut dan hidung mereka , supaya orang semua boleh kenal muka penulis blog Pahangdaily Online. Kenapa nak takut, kalau itu dah menjadi perangai mereka.Semoga mereka semua akan insaf dan kembali ke pangkal jalan.








08 December 2008

PUTAR BELIT & TALI BARUT!!!

Sekali lagi kita melihat betapa busuknya hati manusia. Suka melihat kehancuran manusia lain. Antara perkara yang suka dilihatnya ialah kalau musuhnya tu jatuh tersungkur.

Saya melihat laman blog pihak yang membangkang kerajaan makin menjadi-jadi. Suka pamerkan cerita yang bohong dan dusta, malah menjadi fitnah kepada orang lain. Sepatutnya mereka lebih telus dan tulus.Inilah penyakit yang ditinggalkan oleh penjajah. Tidak suka melihat kemajuan orang lain. Perlu ada kejujuran dalam menyiarkan berita.

Isu terakhir dalam PDO , banyak ajar kita erti kejujuran. Kalau dahulu kita tegur pasal mengambil kesempatan diatas gambar KDYMM Tuanku, nampaknya mereka dah sedar.Paling pelik, ianya tidak menjadi wadah untuk parti PKR menceritakan tentang perjuangan mereka untuk rakyat, malah ianya tempat kutukan beragenda PKR terus menerus.Saya yakin ini terjadi sebab PKR tiada agenda pembangunan yang dibuat untuk rakyat,mereka hanya pandai bercakap sahaja, kerja tidak ada termasuk Penasihat Merapu PKR ,DSAI.

Mencipta pembohongan memang sedap, sebab ianya kerja syaitan. Ianya macam kenapa DSAI buat benda terkutuk tu, sedap agaknya.Tetapi ianya kerja nafsu dan suruhan Al-laknat Iblis.

Menjadi agen kepada kerja ini, memang lagi sedap, sebab yang bakal dituduh bukan agen, tetapi 'Tuan Asal'. Dalam bahasa orang Nelayu dulu dipanggil, TALI BARUT.

Talibarut dalam masyarakat kita, perangainya suka bunuh kerjaya orang lain. Sanggup berpakat dengan pembangkang, demi kejayaan politik mereka.Sebab itu,dalam hukum islam, kalau dapat ditangkap dan terbukti , maka mereka dihukum bunuh.

Saya mencadangkan supaya UMNO Pahang menggerakkan Operasi Pembersihan Pengkhianat ini. Terlalu banyak talibarut yang nak jatuhkan MB Pahang tu. Banyak cerita tipu direka-reka untuk bagi orang Pahang percaya yang MB Pahang korup.

Saya ada terbaca tentang senarai yang bakal nak jadi MB Pahang tu yang dikeluarkan oleh PKR. Kalau yang dalam senarai tu jadi MB lagi teruk la Pahang ni, lagi cepat lingkup. Yang puak dalam UMNO tu suka sangat cerita tu dikeluarkan, sebab boleh 'spin' sikit semangat pengikut-pengikut diorang tu. Tapi sapa yang bodoh? Dua-dua tu bangang sebenarnya..

Saya nak sangat UMNO Pahang ambil tindakan drastik dengan menjawab semua tuduhan liar, supaya ada imbangan dalam tuduhan yang dilemparkan.

Kita tengok siapa yang kena kali ini. Saidina Umar Al-khattab r.a tidak mungkin dibunuh kalau Talibarut pengkhianat dapat dikesan awal.Ianya takdir, memang takdir. Tetapi takdir itu pengajaran untuk kita. Fikirkanlah....

04 December 2008

BODOH SOMBONG!!


Memang pelik manusia ni. Ada yang cerdik tak boleh diajar, ada pulak tu yang bodoh tapi sombong, tidak suka mencari kebenaran tapi suka buat kejahatan dengan kejahilan yang sedia ada. Saya ada baca pahangdaily.blogspot dan blog smalltalk.blogspot , riuh dalam intenret dan dikedai-kedai kopi!



Kawan saya, keluarganya berniaga dekat situ. Kawan saya kata, "yang jadi pelik tu, kenapa PKR beriya-iya sangat buat cerita bohong tu. Datang jumpa kami pun hanya ambil gambar dan cakap sikit-sikit je lepastu kata, kami ni pembangkang tak boleh buat apa pun, cuma datang ziarah je nak dengar cerita." Kawan saya, si Manaf kata, Adun BN dan pihak UMNO janji akan bincang dengan MPK tentang tindakan mereka ini. Belum apa-apa, bila PKR tau UMNO hendak ambil tindakan , dia pulak mengaku kata dia membela peniaga gerai semua. Pelik dan hairan saya dan rakan saya dibuatnya. Nampaknya PKR ni suka sangat buat perangai tak senonoh ni.



Apa pun syabas pada Setiausaha Politik MB Pahang. Saya ada baca minitnya pada surat tu. Nampak serius dan berusaha untuk nak bantu para peniaga. Saya dan rakan saya si Manaf ni pun hairan macam mana PKR boleh nak 'claim mileage' spontan ni. Kata dikeluarkan dalam blog kemudian diambil tindakan segera oleh MPK. Yang saya tahu, Blog dia tu pun tak ramai rakyat Pahang tahu, dah tu pulak tak ramai pun pengunjung. Itulah yang diingatkan oleh Nabi Muhammad SAW, Bahawa akan ada segolongan manusia yang suka bercakap bohong untuk mendapatkan perhatian manusia didunia demi kemegahan hidup yang sementara. Insaflah wahai penulis blog pahangdaily.blogspot. Takutlah kepada Tuhan kalau saudara tidak takut pun pada manusia. Bercakaplah yang benar, kerana Benar itu kata Saidina Abu Bakar As-Siddiq ialah Amanah, dan Bohong itu satu pengkhianatan dan zalim.



Tulislah cerita yang baik-baik dan mendatangkan kebaikan kepada pemikiran manusia. Kami yang jadi pelajar ni berasa malu dengan akhlak saudara yang tidak habis-habis suka membuat cerita bohong. Kajilah sesuatu isu tu dulu baik-baik dan dengan penuh kejujuran. Jangan ikut perangai KERA, bodoh tapi sombong, tak boleh nak diajar...Adioss..

01 December 2008

ANWAR IBRAHIM

Saya ada membaca akhbar baru-baru ni dan sempat juga melayar blog-blog tentang Kongres Parti Keadilan. Seronok juga membaca beberapa isu politik yang dibangkitkan terutama tentang 16 hb Sept, kenapa tak jadi. Ada juga beberapa perwakilan yang menyentuh tentang beberapa dasar yang perlu diubah untuk memastikan kelansungan perjuangan PKR.
Saya pelik dengan apa yang dicakapkan oleh Anwar Ibrahim. Dia memang pandai bercakap. Isu 16 hb Sept tu dia berjaya lepaskan diri dia. Semua tahu ianya satu pembohongan yang besar , dikeluarkan oleh seorang pemimpin besar. Masa saya belajar dulu, cikgu saya selalu berpesan bahawa ciri-ciri seorang pemimpin itu hendaklah bercakap benar dan tidak berbohong. Tetapi Anwar Ibrahim lain pula, dia berbohong tapi jadi pemimpin.
Omar Mokhtar , ikon blog ini, merupakan pejuang yang benar-benar ikhlas . Berjuang untuk membebaskan negaranya daripada cengkaman penjajah Itali. Semua tahu, akhirnya dia ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dihadapan khalayak ramai. Filem lakonan Anthony Quin ini, begitu menyentuh hati kita. Ada 2 versi, bahasa arab dan bahasa inggeris. Omar Mokhtar berjanji untuk membebaskan rakyatnya daripada belenggu penjajah, namun begitu dia Syahid dulu. Tetapi dia tidak berbohong. Semangatnya terus membara , ahirnya Libya berjaya bebas daripada belenggu penjajah Itali dan Merdeka.
Anwar Ibrahim berbohong. Kata nak bebaskan pemerintahan negara daripada Kerajaan BN tanpa melalui pilihanraya. Dia jadi pemimpin dengan segala pembohongan yang direka-reka. Cerita bohong memang sedap didenganr. Ianya macam cerita Sang Kelembai. Bohong tapi sedap didengar. Sampai sekarang dah beratus tahun , masih ada yang percaya.
Anwar Ibrahim nak jadi macam Sang Kelembai , apa yang disentuh terus jadi batu. Tapi Anwar Ibrahim lupa. Dalam cerita itu, Sang Kelembai tidak berbohong. Dia memang cakap pada orang ramai, apa yang disentuh olehnya akan jadi batu. Tetapi dalam kes ni, OKT kita ni berbohong. Jadi eloklah kita jangan ikut orang yang suka buat pembohongan macam ni.
Anwar Ibrahim akan terus mendendangkan pelbagai cerita, supaya orang mengantuk dan tertidur. Cita-cita dia semasa kecil lagi, dia nak jadi Perdana Menteri. Yang hairannya, ramai keliling-kelalang tu dah tahu perangai dia , tapi masih nak ikut lagi. Inilah yang pelik pada perangai manusia ni..
Anwar Ibrahim memang nak jadi PM, tapi biarlah "PM' dalam PKR, Penasihat Merapu...apapun semoga dia tak terus ditimpa bala menipu....

HUBUNGAN KAUM

Pelik manusia ni, bila dah terdesak, cita-cita menggunung maka mulalah dah lupa asal-usulnya. Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Presiden PPP, M. kaKyveas. Mula mengugut kerajaan tentang ISA. Kalau tidak dipinda maka dia akan bawa partinya keluar daripada BN sebelum pilihanraya akan datang.
Saya rasa Kayveas lupa asal usul diri dia dan sejarah UMNO itu sendiri dan kerajaan BN dan mungkin dia lupa apa itu ISA. Seingat saya , masa bekas menteri Undang-undang JPM, Zaid Ibrahim, komen tentang ISA riuh satu malaya. Pelbagai gesaan dibuat supaya Yb Menteri diambil tindakan dan diminta meletakkan jawatan. Akibat mengikut kata-kata dan menyokong usul Majlis Peguam, maka Yb Menteri meletakkan jawatan, walaupun katanya ia dibuat atas alasan prinsip. Saya rasa kalau nak dibandingkan Kayveas dengan ZaidIbrahim, jauh sekali. Kalau Zaid , ramai tak kisah dia letak jawatan menteri, inikan pula bekas timbalan menteri, langsung tak mendatangkan kisah pada BN.
Saya rasa dia lupa, siapa diri dia. Kayveas terlalu lantang , dengan harapan supaya masyarakat India akan beralih sokongan kepasa PPP dan melupakan perjuangan MIC. Saya yakin masyarakat India tahu apa itu PPP dan sejarah penubuhannya. Masyarakat India masih yakin , bahawa MIC sebagai wadah masyarakat India bagi menuntut pembelaan dalam negara. Tergelak saya bila memikirkan tentang perangai orang-orang politik ni. Kekadang nampak sangat kebodohan mereka.
Saya yakin, tidak ada manusia dalam mana-mana negara mahukan supaya negara berada didalam keadaan darurat dan tidak aman akibat segelintir daripada tindakan mereka yang suka menghancurkan keamanan negara. Kita lihat kepada contoh yang paling dekat iaitu negara Thailand. Apa sudah jadi dengan keadaan negara mereka? Semua pelancong yang berjumlah beratus ribu mula memaki rakyat thailand, tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada. Ekonomi dah mula merudum, perniagaan tidak dapat dijalankan dengan baik. Lapangan Terbang terpaksa ditutup, tiada perjalanan keluar masuk dari negara Thailand selancar dulu. Yang peliknya, tidak ada pula pemimpin yang buat kacau tu dapat jadi Perdana Menteri, malah dia pula yang mengakibatkan pengikut dia ramai mati terbunuh.
Inilah yang berlaku jika terlalu mengikut perasaan dan ikut sangat cakap pemimpin yang otak tak cerdik, akhirnya semua menyesal dan merana hidup. Saya rasa tidak ada yang nak ikut cakap Kayveas, malah tidak ada yang nak jadikan negara kita seperti Thailand. Saya yakin kalau ada ISA, keadaan tentu dapat dielakkan daripada menjadi lebih teruk lagi. Sekian.
Saya bangga menjadi rakyat MALAYSIA.

27 November 2008

KAYU BALAK !!

Saya ada terbaca artikel dalam keratan akhbar bulan lepas tentang saman sebuah syarikat terhadap kerajaan pahang. Macam-macam diperkatakan tentang kesilapan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Yang pelik tu, banyak pulak tu yang diminta , berpuluh-puluh juta, banyak tu. Saya meneliti beberapa cerita yang diutarakan dalam akhbar tu, nampak memang pelik.
Itulah manusia , memang pelik, selalu mengharapkan harta yang banyak supaya dapat hidup senang lenang. Yang jadi mangsa pula ialah kayu balak. Pelik juga, kawasan kayu balak belum dapat , dia dah mengaku habis duit berjuta-juta, barang belum dapat meniaga dah rugi. inilah yang P. Ramlee kata, meniaga buluh kasap, semua lesap. Lepas tu minta orang bayar semua duit yang telah dibelanjakan. Apapun katanya ada keputusan mahkamah minta dibayar jumlah duit tu, lagi pelik kalau difikirkan.
Hutan adalah anugerah daripada tuhan kepada kita , nikmat yang diberikan untuk manusia di alam ini. Selain daripada membantu memperbanyakkan oksigen untuk manusia, dia juga membantu untuk menyejukkan bumi. Yang merosakkan alam ialah manusia. Yang pelik ada yang mengambil kesempatan untuk mengkayakan diri masing-masing. Saya yakin, kalau sesuatu itu benar , tuhan akan membalas dengan ganjaran yang baik. Kesian kayu balak, tak pasal-pasal jadi cagaran untuk kemusnahan alam dan kekayaan manusia. Yang pelik tu, orang lain yang buat dajal , orang lain yang kena getahnya! Lagi tak adil, saya dapat tahu dari kawan2 di kuantan yang menuntut hutang tu dulu pun pernah buat tipu semasa kerja dalam kerajaan, sekarang dia nak saman kerajaan pulak ! Memang pelik, itulah manusia , suka menipu, lebih-lebih lagi kalau yang ditipu tu bukan duit ayah dia...

22 November 2008

PENING !!

Saya sempat melihat tentang beberapa perkara yang dibincangkan dalam pahangdaily.blogspot.com minggu bar ni, mereka asyik menceritakan tentang bajet kerajaan negeri pahang bagi tahun 2009. Saya dan rakan-rakan meneliti setiap isu yang dibangkitkan. Pelbagai isu yang dibincangkan dalam blog tu rupanya untuk mengkaitkan dengan sidang dewan negeri yang sedang berlangsung. Kerajaan BN dituduh tidak bijak kerana kemukakan bajet yang defisit, banyak pulak tu , nak dekat RM 100 Juta katanya.
Kerajaan BN dikatakan tidak berjaya mengurus kewangan dengan betul, sehinggakan terpaksa menanggung hutang yang begitu banyak, tidak banyak duit dicadang untuk melaksanakan pembangunan. Tidak banyak hasil baru dicari supaya kerajaan banyak duit untuk berbelanja, sekurang-kurangnya untuk rakyat. Pihak PKR nampaknya memang tidak puashati dengan apa yang Kerajaan BN buat. Tapi itulah manusia , sebagaimana yang saya kata dulu, memang pelik, suka memikrkan yang bukan-bukan, menuduh-nuduh dan berangan nak banyak harta supaya dia boleh buat apa sahaja macam tuhan.
Kawan saya kata, bajet ni perancangan masa depan, kalau jadi jadilah, kalau tak jadi kena tengok-tengok semula perlaksanaannya . Tidak ada yang sempurna dalam perancangan kewangan dimana-mana peringkat pun. Malah tiada sesiapa yang boleh menjangkakan apa yang akan berlaku kepada negara dalam tempoh beberapa bulan akan datang, malah beberapa minggu akan datang pun tiada sesiapa yang boleh tahu. Kawan saya ni tengah belajar ekonomi kat Gambang. Kalau nak cakap soal duit, memang seronok, lebih-lebih lagi duit tu bukan duit ayah kita,. Ianya Duit Rakyat untuk Rakyat, jadi kita harap Kerajaan BN pun jangan belanja buat macam duit Tok Aki dia pulak!! PENING KEPALA WOO NANTI!! albungkusss le...

18 November 2008

PERUBAHAN (CHANGE)

Manusia memang suka kepada perubahan. Malah manusia itu sendiri berubah, dari kecil kepada besar & dewasa. Apapun ada perubahan yang kearah kebaikan & ada yang membawa keburukan. Lumrah manusia, ingin cepat berubah, dari miskin teringin berubah nak jadi kaya, dari remaja teringin berubah nak jadi dewasa, itu pun ada dari besar nak jadi kecil!
Macam-macam alasan digunakan, evolusi, anjakan paradigma, malah ada yang berteriak revolusi!! Apa pun itulah lambang kegopohan manusia. Tidak salah nak berubah kalau kena gayanya, tapi jangan menyusahkan orang lain.
Saya sempat berbincang dengan kawan-kawan pelajar kat kopitiam semalam, ramai kengkawan bincang pasal politik. Semua cakap pasal nak berubah. Dari mula topik tentang nak merubah sistem politik negara supaya tiru ala amerika, sampai ke nak tukar sistem hidup kita! Saya rasa mereka serius. Mungkin sistem politik negara yang sudah 50 tahun ini dah tidak sesuai dengan citarasa generasi muda!

17 November 2008

PENGKID!!

Saya sempat melayari beberapa artikel tentang perkembangan pengkid dalam negara. Akhirnya pengkid diharamkan!! Riuh satu malaysia, sampai ada NGO-NGO yang bantah & pertikai keputusan majlis fatwa. Saya pun fikir-fikir juga, apa yang sedap sangat jadi pengkid!

Inilah peliknya manusia, yang lelaki nak jadi pompuan, yang pompuan nak jadi lelaki.
'inikan kebebasan, human right la bang, nape plak ada yang nak menghalang? apa kita nak buat itu hak kita sebagai manusia kenapa ada yang tak puas hati? Boleh blah la bebb....itulah kata-kata geng pengkid yang sempat sya berbual dengan mereka baru-baru ini.

Tetapi saya lagi pelik, kenapa mereka nak berubah ? Adakah mereka menyesal dilahirkan begitu ? kalau nak dibandingkan yang dilahir cacat, tidak cukup anggota, buta, bisu, pekak & lain-lain. Budak-budak ini terlalu ikut perasaan , emosi & terikut-ikut dengan budaya barat. Yang pelik tu, yang teringin nak jadi pompuan tak pulak kerat 'benda' tu, buang semua sekali , tak payah simpan, lepastu biar dia merana setiap hari dengan pelbagai penyakit datang mengundang. Macamtu juga yang teringin nak jadi lelaki, jahit je kemaluan yang sedia ada tu, lepastu tambah je kemaluan yang lelaki tu, biar dia tau bila nak buang air kecil nanti, kat mana yang berair..?

Itulah yang dikatakan manusia, terlalu ikut nafsu. Sebab itulah Agama Islam haramkan benda-benda yang macam ni. Pada mat-mat pengkid cepatlah bertaubat sebelum terlambat, kalau tidak, hidup anda akan terus dilaknat tuhan, tapi kalau tak nak tobat...lantak engkola bebbb...biar mampus...adiosbrutusss..

16 November 2008

Kebenaran Tersembunyi !!

Saya sempat melihat beberapa blog yg membicarakan tentang kisah hidup manusia. Ada yang membicarakannya atas alasan politik, ada yang membicarakan atas asas agama untuk menegakkan kebenaran masing-masing. Saya sempat membaca beberapa artikel dalam pahangdaily.blogspot.com . Banyak cerita menarik. Banyak hujah diutarakan, sangat menarik.
Saya leka membaca beberapa ulasan yang dikemukakan. Yang pelik ada yang jadi benar . Saya kagum dengan penulis blog tu , BERANI. Tidak ada yang menjawab, menyatakan sebaliknya. Saya yakin sudah pasti ada kebenarannya , dah berhari-hari tidak ada yang berjawab. Syabas diatas pendedahan yang dikemukakan, inilah semangat Umar (r.a), dah tak ramai yang berani macam ni, kalau zaman Umar (r.a) dah lama kena pancung kalau orang macam ni, apa pun kali ni sapa pancung sapa la wehh...amigoss

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Bangga sungguh rupanya jadi manusia.Ada manusia yang salah guna kejadian asalnya,suka tunjuk yg dia berperangai seperti haiwan, suka menunjuk-nunjuk kehebatan diri, kacau & ambil hak orang lain, lepastu baling batu sembunyi tangan.Blog ini akan kupas & bincang persoalan hak yang patut di tegakkan tanpa kira warna kulit, keturunan & parti politik.Apapun sebagai manusia kita perlu berani, kerana hak yang hendak ditegakkan perlu kepada keberanian.Selamat berbincang....adios..

Selamat Datang

Selamat Datang ke Mesti lawan